Friday, 13 July 2012

USRAH PERDANA

USRAH PERDANA 1


Tarikh   : 17 Februari 2012 (24 Rabiul Awal 1433H)
Hari      : Jumaat
Tempat : Dewan Besar As-Syarifah.
Masa    : 12.00 tgh-1.00 petang.
Tajuk    : Menutup Aurat
Penceramah : Ustazah Zaleha binti Ismail.


Dalam usrah ini Ustz.Zaleha  meminta para supaya memelihara aurat sepertimana yang telah digariskan oleh Allah SWT kepada kaum Hawa. Menutup aurat akan menjamin kehidupan para pelajar supaya lebih terkawal dan menjauhi daripada fitnah. 




USRAH PERDANA 2


Tarikh    : 24 Februari 2012( 2 Rabiul Akhir 1433H)
Hari       : Jumaat
Tempat  : Dewan Besar As-Sharifah
Masa     : 12.00 tgh-1.00 petang
Tajuk     : Adab-adab Usrah
Penceramah : Ustazah Nazrah binti Abdul Latif.


Penceramah menerangkan kepada para pelajar objektif diadakan usrah di sekolah agar pelajar terdedah dengan ilmu-ilmu agama yang berguna selain apa yang mereka pelajari dalam kelas. Selain itu, beliau menjelaskan rukun-rukun dan adab-adab yang perlu dipatuhi setiap ahli usrah ketika usrah.




USRAH PERDANA 3


Tarikh   : 18 Mei 2012(26 Jamadil Akhir 1433H)
Hari      : Jumaat
Tempat : Dewan Besar As-Sharifah
Masa    : 12.00 tgh-1.00 petang.
Tajuk    : Disiplin di sekolah dan asrama.
Penceramah : Cikgu Norkhayati Ngosman dan Cikgu Zarina Burhan.


Dalam perjumpaan kali ini pelajar didedahkan tentang kewajiban para pelajar mematuhi setiap disiplin yang digariskan oleh sekolah. Pematuhan pada disiplin  akan mendidik para pelajar agar bertanggung-jawab terhadap sekolah dan diri mereka.Pelajar yang berdisiplin akan menjamin kejayaan dalam pelajaran dan hidup mereka selama-lamanya.

No comments:

Post a Comment