Thursday, 5 July 2012

LOGA BADAR AS-SHARIFAH




LOGO RASMI BADAN DAKWAH DAN KEROHANIAN (BADAR) 






1. Dilancarkan pada 26 Ogos 2011 bersamaan 26 Ramadhan 1432H (JUMAAT).

2. MOTO : “AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR”
    * Melambangkan tujuan penubuhan BADAR
    * Frasa ini menggalakkan ahli BADAR untuk sentiasa berpesan-pesan ke arah            
       kebaikan dan mencegah dari sebarang kemungkaran.

3.WARNA:
   
Merah  : Melambangkan semangat yang tinggi oleh ahli BADAR untuk melaksanakan amar makruf nahi mungkar.


Kuning : Melambangkan kedaulatan agama Islam sebagai agama rasmi.

Hijau    : Melambangkan kecintaan umat  Islam  terhadap nabi Muhammad SAW. Ia menyeru umat  Islam untuk sentiasa melaksanakan sunnah nabi.



4.SIMBOL


Bulan dan Bintang : 
Melambangkan misi ahli BADAR  dalam menegakkan  agama Islam.


Kitab Al-Quran dan Hadis : 
Melambangkan sumber rujukan yang digunakan ahli BADAR untuk menyampaikan tazkirah  dan ilmu-ilmu agama.


Tangan: 
Tangan yang menadah itu melambangkan amanah yang dipikul oleh ahli BADAR dengan penuh  tanggungjawab dan keikhlasan.

Arah Qiblat :
Menunjukkan perpaduan antara ahli BADAR  dengan hala tuju yang sama tetapi melalui cara pendekatan yang berbeza. 




Catatan:
Logo ini diilhamkan oleh Haziqah Husna binti Ismail (Tingkatan 4AG-2011)


No comments:

Post a Comment