Monday, 16 July 2012

KURSUS PERDANA JATI DIRI REMAJA

Tarikh   :15-17 Jun 2012 (25-27 Rejab 1433H)
Hari      : Jumaat-Ahad
Tempat : Masjid Saidina Ali, Bukit Katil, Melaka.
Anjuran: Rumahku Syurgaku (RKSK)
Guru Pengiring: Ustz.Nazrah binti Abd.Latif.
                        Pn.Rubiah binti Md Noh.


Kursus ini dikendalikan oleh:  Jazim Motivation Group.


Seramai 10 orang pelajar SMKASR yang telah dihantar untuk mengikuti kursus ini. Mereka adalah:
1) Nurul Azmiera binti Misrun (4AG)
2) Nur Syakira binti Md.Tahir (4AG)
3) Maryam Adibah binti Yusri (4AG)
4) Fadhilah binti Mohamad Nasir (4AR)
5) Fatin alwani binti Ariffin (4IS)
6) Ili 'Aqilah binti Hasim (4IS)
7) Nor Nadhirah Nisha binti Norsham(4IS)
8) Nurul Asyiqin binti Yazid (4IR)
9) Siti Nurul Atikah Arfani (4IR)
10) Kharina binti Mohd Taufek Al-Khakim.(4AK)


Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang kursus tersebut ialah:
Jumaat:
* Pendaftaran.
* Ice Breaking dan Group Binding.
* Ceramah Motivasi Jati Diri Remaja.
* Kembara Malam.(8 kumpulan)


Sabtu:
* Riadah
* Ceramah"Solat Kunci Kecemerlangan".
* Bengkel Penghayatan Solat.
* Sharing Moment.
* Slot Brainstorming.
* Tautan Ukhuwah atau Malam Kebudayaan.


Ahad:
* Solat Tahajjud Hamba atau Qiamulail.
* Team Building Module.
* Ceramah "Muhasabah Diri Remaja".
* Majlis Penutup.


Setiap peserta kursus ini dapat menimba banyak ilmu pengetahuan, nilai murni dan menyuntik semangat baru kepada mereka semua. Sebelum pulang mereka telah dianugerahkan sijil penyertaan kursus.



Saturday, 14 July 2012

FORUM BI'AH SOLEHAH

Tarikh  : 16 Jun 2012 (26 Rejab 1433H)
Hari     : Sabtu
Masa   : 8.15 pagi
Tempat : Dewan Besar As-Syarifah.
Anjuran :Exco Tertinggi BADAR.
Tajuk Forum: Wanita Muslimah Zaman  Moden? 



 Objektif program ini ialah:
          i.            Melahirkan pelajar berbudi bahasa, mutadayyin, berpenampilan diri dan mempunyai jati   diri selaras dengan Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR)
        ii.            Membantu para pelajar SMKASR  untuk mengetahui biah solehah dan pelbagai penjuru menurut perspektif Islam
      iii.            Menggilap fahaman menurut perspektif Islam.
      iv.            Menjalinkan pemikiran para pelajar dari anasir-anasir barat dalam membentuk keperibadian unggul.
        v.            Membantu dalam usaha untuk menangani dilemma krisis remaja dalam arus permodenan yang kian mencabar.

Perjalanan Program:
 8.00 pagi: Bacaan ayat –ayat suci Al-Quran.
                 Ucapan alu- aluan oleh  Pengerusi BADAR Cik Farah bt Yusof. 
 8.30 pagi : sesi forum bermula. 

Forum ini telah dikendalikan oleh :
1) Cik Sharifah Farhah Athirah binti Syed Abd Halim sebagai moderator.
2) Cik Nur Syazwana binti Murad- mahasiswi di Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) dalam Fakulti Kejuruteraan Elektrik. 
3) Encik Nik Muhd Amin Bin Nik Muhd Kamil -Pembantu Penyelidikan di Advance Computer Lab, MIMOS Berhad yang juga pernah memangku jawatan Ketua Usrah di MMU. 
4) Encik Abdul Muaz bin Abdul Aziz - Pegawai Pemasaran dan Professional Learning Facilitator di Mantop Training Consultancy.

Sesi pertama: perbincangan mengenai Perspektif  wanita muslimah zaman moden , Apakah itu cinta dan perlukah cinta? dan Nikmat cinta sebelum atau selepas kahwin?

Sesi kedua: perbincangan mengenai Fesyen wanita muslimah zaman moden ? , Bagaimanakah untuk hindari diri daripada gejala social dan akhir sekali adalah Apakah wanita idaman lelaki seluruh dunia? Pada pengakhiran forum pula, setiap ahli panel telah membuat kesimpulan.

  11.00 pagi: Penyampaian cenderahati, bacaan doa dan jamuan.

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PROGRAM



















KEM TRANSFORMASI REMAJA MUSLIM

Tarikh   : 15-17 Jun 2012 (25-27 Rejab 1433H)
Hari      : Jumaat hingga Sabtu.
Masa    : 2.30 petang.
Tempat : Kem Modal Insan, Parit Penghulu, Sungai Rambai, Melaka.
Guru Pengiring: Ustaz Mohd Muazzam bin Darno.
Anjuran: Jabatan Agama Islam Melaka(JAIM)


Kem ini dikendalikan oleh Consultant Titian Insan Kamil. Kem ini disertai oleh 64 orang pelajar daripada beberapa buah sekolah yang mempnyai kelas aliran agama.


Seramai 5 orang pelajar SMKASR yang menyertai kem ini iaitu:
1) Sheila binti Mustafa (5IR)
2) Nur "Izzati binti Hashim (5IS)
3) Siti Nuratiqah binti Johar (5AG)
4) Raihana binti Azman (5AG)
5) Nur Syahirah binti Mohamed Ali (5AG)


Aktiviti-aktiviti yang dijalankan:
Jumaat:
*Pendaftaran
* Senamrobik dan cara mempertahankan diri.
* LDK- 6 kumpulan
* Nightwalk-di kawasan hutan di belakang dewan makan-12.30 malam.


Sabtu:
* Kuliyyah subuh.
* Aktiviti Belonku Sayang.
* Aktiviti Sarang Labah-labah beracun.
* Aktiviti Si Buta Kehilangan Tongkat.
* Explorace Homestay.
* Tazkirah.
* Aktiviti"Malam Seribu Kenangan, Malam Kasih Sayang".
* Tayangan Video.


Ahad:
* Kuliyyah subuh.
* Ceramah "Akhlak Mulia Cemerlang Akademik".
*Aktiviti projek Kapal Titanic dan aktiviti pengukuhan.
* Perasmian Penutup.


Peserta-peserta telah diberikan sijil penyertaan sebelum bersurai.
















PROGRAM BINA INSAN TINGKATAN 2

Tarikh   : 24-25 Mei 2012 (3-4  Rejab 1433H)
Hari      : Khamis dan Jumaat
Masa    : 8.00 pagi Jumaat-12.30 tgh Sabtu.
Tempat: Surau Al-Mustaqimah dan Dewan Besar As-Sharifah.
Setiausaha: Ustazah Wan Norhayati binti Mansor.


Seramai 150 orang pelajar tingkatan 2 menyertai program ini. Program ini dikendalikan oleh Infitah Consultantcy, Bangi, Selangor.


Objektof program ini adalah:

1) Mengenali potensi diri sebagai remaja serta bersyukur dengan nikmat yang telah dianugerahkan  oleh Allah kepada mereka.

2) Dapat mengamalkan ajaran-ajaran Islam dalam diri samada hubungan antara hamba dengan pencipta, hubungan antara manusia dengan manusia lain dan alam sekitar.

3)Mengetahui cabaran yang akan mereka hadapi pada masa hadapan dan  kekangan dalam diri serta cara menanganinya berpandukan ajaran Islam.

4)  Membina sikap yang positif, berfikiran matang serta membentuk sifat Mahmudah dalam diri bagi memastikan ia menjadi benteng dalam mendepani kehidupan yang penuh dengan cabaran dan dugaan.

Manakala pengisiaannya pula:

Jumaat:
* Panduan Solat sempurna oleh Ustz.Wan Norhayati binti Mansor
* Ceramah 1-Remaja dan Cabaran Masa Kini oleh Pn.Rubiah binti Md.Noh.
* Ice Breaking.
* Riadah.
* Kuliyyah Maghrib.
* Ceramah 2-Aku Remaja SUPER
* Muhasabah Diri.

Sabtu:
* Explorasi Alam
* Qiamulail
* Kuliyyah subuh.
* Ceramah 3-I'm The Best.
* Transformasi Qalbu.
* Resolusi.
* Perasmian Penutup oleh Puan Pengetua.

Impak 
Para pelajar amat berpuas hati dengan porgram ini kerana mereka dapat menimba ilmu dan pengalaman yang baru . Mereka berharap pihak BADAR dapat melaksanakan lagi pada masa yang akan datang.

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PROGRAM












NADWAH KEPIMPINAN ISLAM SMKA PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-3

Tarikh    : 27-30 April 2012 (5-8 Jamadil Akhir 1433H)
Hari       : Jumaat-Isnin
Tempat  : SMKA Kerian, Semanggol, Perak.
Guru Pengiring: Ustazah Zaleha binti Ismail
                        Ustazah Noraziah binti Abd.Rahman.
Anjuran: Bahagian Pendidikan Islam (BPI Malaysia)


Penyertaan daripada semua SMKA di seluruh Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak. Setiap sekolah menghantar 10 orang wakil. SMKASR dan SMKA Sultan Muhammad telah menghantar seramai 20 orang pelajar yang mewakili negeri Melaka.


Pelajar-pelajar yang Terpilih untuk menyertai nadwah ini ialah:
1)  Umi Kalsum binti Hashim (4AK)
2) Nor Khaleda binti Khalid (4IK)
3) Nur Haziqah Suraya binti Abdul Haris (4IK)
4) Nurin Asfa Aqilah binti Abdul Aziz (4IK)
5) Nurul Syuhadah binti Mazli (4IR)
6) Siti Norzahirah binti Bakar (4IR)
7) Nuraini binti Kamarudin (4IR)
8) Siti Nur Nabilah binti Saiful Rahii Chua (4IR)
9) Anis Nabihah binti Baharudin (4IS)
10) Zafirah Adilliah binti Zarmaini (4AG)


Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah:
Hari Pertama:
* Majlis Perasmian oleh Exco Pelajaran Perak.


Hari Kedua:
*Qiamulail.
*Tazkirah.
*Solat Dhuha berjemaah.
*Ceramah.


Hari Ketiga:
*Aktiviti Kotak Bertuah.
*Pembentangan hasil kerja.
*Lawatan ke masjid-masjid yang terpilih.
*Tazkirah oleh Imam Muda.


Hari Keempat:
*Majlis Penutup


Disediakan oleh Nurul Syuhada binti Mazli (4IR)







PERTANDINGAN MENULIS ESEI KEAGAMAAN

Tarikh   : 21 April 2012 (29 Jamadil Awal 1433H)
Hari      : Sabtu
Tempat : Masjid Al-Ghafar, Jasin, Melaka.
Masa    : 8.00 pagi
Guru Pengiring: Ustaz Mohd Muaazam bin Darno.
Anjuran : Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)


BADAR telah menghantar dua orang pelajar untuk menyertai program ini. Pelajar dikehendaki menulis esei tidak kurang 250 perkataan dalam masa 2jam setengah. Tajuk esei mengenai kehidupan seharian pelajar dalam merealisasikan Islam sebagai ad-din.


Pelajar tersebut ialah:
1) Zarifah Thuraya binti Abdullah (5IK)
2) Sheila binti Mustaffa (5IR)


Mereka telah memenangi hadiah saguhati dan sijil penyertaan pertandingan tersebut.

Friday, 13 July 2012

PROGRAM BINA INSAN TINGKATAN 4

Tarikh  : 6-7 April 2012 (14-15 Jamadil Awal 1433H)
Hari     : Jumaat dan Sabtu
Tempat : Dewan Blok F
Anjuran: BADAR dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling.


Program ini dikendalikan oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. Seramai 80 orang pelajar tingkatan 4 yang menyertai program ini.



Objektif program ini adalah:

1) Meningkatkan rasa kekeluargaan, persatuan, dan kesatuan di antara Mahasiswa   UKM dan masyarakat setempat.
2) Memupuk semangat kepimpinan yang unggul pada generasi muda kini.

3) Meningkatkan kefahaman mengenai teknik kepimpinan yang unggul seterusnya dapat melahirkan sahsiah unggul murid (SUMUR).

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah:
Jumaat:
* Pendaftaran.
* Majlis Perasmian oleh Puan Pengetua.
* Majlis Taaruf dan Ice Breaking.
* Riadah
* Tazkirah oleh En.Ahmad Muzaimi bin Muhd Hairi.
* Sesi Pembentangan ciri-ciri kepimpinan mengikut Islam.
* Ceramah 1 "How To Be Great Leader".

Sabtu
* Qiamulail
* Kuliyyah subuh oleh Ust.Faisal bin Ahmad, Naib Presiden 3 PMUKM.
* Solat Dhuha.
* Sesi Ceramah 2 “ Strategi dan Teknik Kepimpinan Unggul”.
* Sesi Eksplorasi.
* Sharing Moment.
* Sesi rumusan.
* Majlis Penutup.

Impak yang diperolehi daripada program ini ialah:

i) Memberi pendedahan kepada para peserta tentang cabaran dan cara hidup di kampus   yang memerlukan jati diri yang unggul. 
ii) Dapat meningkatkan motivasi peserta dengan pendedahan maklumat tentang UKM. 
iii) Para peserta dapat meluahkan masalah dengan telus kerana fasilitator terdiri daripada remaja yang hampir sebaya. 
iv) Berdasarkan borang penilaian, peserta menyarankan agar program seumpama ini dapat dijalankan lagi.

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PROGRAM